PASTI IS

PASTI IS

Friday 14 June 2013

CARA YANG DIGUNAKAN DALAM MENINGKATKAN CIRI-CIRI POSITIF TERHADAP MURID-MURID BERPERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT

CARA-CARA YANG SAYA GUNAKAN DALAM MENINGKATKAN CIRI-CIRI POSITIF TERHADAP MURID-MURID SAYA YANG BERPERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT Posted by: Suryati Md.Yasin Di sekolah, kesemua murid saya mempunyai personalitii ekstrovert dan introvert. Cuma yang membezakannya, kecenderungan salah satu personaliti ini menjadi dominan dalam diri murid-murid. Murid-murid yang cenderung kepada personaliti ekstrovert ini lebiih ramai berbanding dengan murid-murid yang cenderung kepada personaliti introvert Murid-murid yang bersifat ekstrovert. Saya dapati murid-murid yang bersifat ekstrovert ini lebih aktif dan sukakan perhubungan dengan dunia luar. Selain itu mereka merupakan Individu yang berkeinginan mencuba semua perkara terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu yang berada di luar dirinya,tidak mudah malu, pertuturan lancar, bebas dari risau, berminat dalam sukan, peramah dan suka membuat kerja dalam kumpulan. Itu antara sikap-sikap yang positif dalam diri mereka.. Namun ada ciri-ciri negatif yang ada pada murid-murid sebegini iaitu mereka tidak boleh diharapkan dalam melaksanakan tugas yang diberi dan seorang yang cuai. Untuk meningkatkan ciri-ciri positif dalam diri murid-murid yang cenderung kepada persoanliti ini beberapa cara telah saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Oleh kerana murid ektrovert suka mencuba sesuatu yang baru dan suka untuk tahu sesuatu maka saya telah gunakan teknik innkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh saya telah memberikan soalan mengenai mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku dan memberikan mereka bahan untuk membuat kajian. Kadangkala pengajaran dan pembelajaran saya laksanakan di luar bilik darjah. Murid-murid ektrovert ini lebih aktif dan tidak boleh duduk diam. Untuk itu saya banyakkan aktiviti yang lebih memerlukan banyak pergerakkan kepada murid-murid ini. Saya telah mengadakan aktiviti lakonan, permainan, mencari harta karun, dan aktiviti sukaneka. Saya ambil satu contoh iaitu saya telah mengadakan aktiviti sukaneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini diminta memancing kepingan ikan yang mewakili suku kata terbuka kemudian berikan kepingan ikan tersebut kepada kawan lalu bentukkan suku kata terbuka tersebut menjadi satu perkataan. Saya dapati murid-murid menjadi semakin aktif dan seronok. Latihan atau tugasan bagi murid ektrovert ini biasanya diberi untuk dilaksanakan secara berkumpulan. Contohnya saya telah memberi mereka kepingan puzzle yang mewakili huruf jawi. Lalu saya meminta mereka mencantumkan puzzle tersebut agar membentuk huruf jawi yang sempurna. Permainan lain yang melibatkan aktiviti kumpulan ialah permainan keretapi, mencari harta karun dan tol ilmu. Biasanya saya akan melantik ketua kumpulan yang terdiri daripada murid-murid dari personaliti ekstrovert untu meningkatkan lagi keupayaan mereka dalam memimpin. Murid-murid yang bersifat introvert Satu pertiga daripada murid-murid saya terdiri daripada mereka yang berpersonaliti introvert. Saya tidak menghadapi masalah dalam mengawal murid-murid ini kerana mereka ini merupakan seseorang individu yang lebih menfokuskan idea-idea dalaman, pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, reflektif, cermat sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu dan bersedia menanggung risiko. Namun sebagai seorang guru saya tidaka akn membiarkan ciri-ciri positif ini dalam murid-murid seperti ini menjadi kaku atau membiarkan ciri-ciri negatif menguasai murid-murid ini. Pelbagai cara saya gunakan untuk meningkatkan kendiri yang positif dalam diri mereka. Pendekatan yang selalu saya gunakan ialah dengan memberikan motivasi kepada murid-murid yang introvert. Biasanya saya berikan lebih kata-kata pujian dan galakkan agar dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka. Kaedah penerangan juga merupakan salah satu cara yang saya gunakan kerana murid-murid introvert ini malu bertanya. Biasanya saya lebih suka pergi berhadapan secara personal dengan murid-murid ini dengan menyelami diri mereka dan memberikan motivasi kepada mereka. Secara berperingkat-peringkat saya melibatkan mereka dengan aktiviti sosail. Sebagai contoh daripada aktiviti individu, saya melaksanakan aktiviti secara berpasangan. Saya akan pastikan murid-murid introvert ini mendapat pasangan yang berbeza pada hari-hari lain. Dengan cara itu mereka akan mengenali kesemua rakan mereka di dalam kelas. Seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. Saya lihat cara ini telah berjaya meningkatkan keyakinan dan kemahiran sosial mereka. Salah satu cara untuk menggalakkan mereka lebih aktif biasanya saya akan meminta mereka membantu saya. Sebagai contoh, meminta tolong mereka menghantar buku latihan ke bilik guru. Secara fitrah kanak-kanak suka bermain. Maka saya cuba menarik perhatian mereka dengan aktiviti permainan. Mula-mula saya menyelidik terlebih dahulu permainan yang mereka sukai, kemudian mengubah permainan itu menjadi lebih seronok, aktif dan dibuat secara berkumpulan. Hasil daripada pemerhatian saya murid-murid ini mempunyai nilai estitika dalam diri. Mereka seorang yang cermat, teliti dan sukakan pada seni. Oleh itu saya lebih cenderung memberi mereka tugasan-tugasan yang ada unsur-unsur kesenian seperti mewarna, melukis dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini biasanya lebih sukar dan memerlukan penelitian yang lebih. Sebagai contoh mewarnakan kalimah-kalimah Iqra’ yang tersembunyi. Kesemua cara-cara yang saya nyatakan tadi saya lihat telah berjaya dan membantu saya sebanyak 78% dalam meningkatkan ciri-ciri positif dalam diri anak didik saya.