PASTI IS

PASTI IS

Thursday 29 December 2011

GURU PASTI HILANG !

Guru Pasti hilang
11:21 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM
5 Safar 1433H. [MOD] -

SERI ISKANDAR - Orang ramai yang mengetahui atau pernah berjumpa, wanita bernama Najwa Soib, 24, diminta untuk menghubungi polis atau warisnya kerana dia dilaporkan hilang sejak 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita itu pada 26 Disember lalu di Balai Polis Kampung Gajah.

Menurutnya, laporan itu dibuat oleh suami wanita berkenaan, Mohd Sharizal Mohd Yusof, 27, dan menurutnya kehilangan isterinya tidak diketahui puncanya.

“Suami wanita itu memberitahu, isterinya hilang pada 21 Disember dan disedarinya pada jam 8 pagi apabila dia bangun dari tidur,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis perhimpunan bulanan IPD Perak Tengah, semalam.

Mohamad Fakri berkata, wanita yang tinggal di Kampung Biak Pasir Salak itu bekerja sebagai guru Pasti di Kampung Gajah.

Jelasnya, pihaknya juga sudah memberitahu Ketua Polis Daerah di seluruh negeri untuk mengesan wanita tersebut.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan wanita ini boleh menghubungi Inspektor Joharizal di talian 019-5590055 ataupun suami wanita berkenaan 019-5227907.

“Kami khuatir berlaku perkara tidak diingini terhadap mangsa kerana pada masa kini banyak kes memperdagangkan manusia dilaporkan berlaku,” katanya.

Monday 26 December 2011

MAJLIS DIALOG AJK PASTI DAN GURU 26 DISEMBER




MURAL PASTI

a) Warna cat bangunan PASTI
i. Dinding (Bahagian Atas) : Kuning.
(Kod warna : Yellow Green 462 - Nippon Paint)
ii. Tiang dan Dinding (Bahagian Bawah) : Hijau.
-2 kaki dari lantai (Kod warna : Lemony Green 619 - Nippon Matex)
iii. Pintu PASTI (Kayu) : Coklat.
(Kod warna : Oak 6322/Golden Brown 1322 - Colourland)
iv. Papan bawah hujung atap : Hijau.
(Kod warna : Green Land 6040 - Colourland)
v. Frame Tingkap : Putih.
vi. Atap : Tertakluk PASTI masing-masing.
b) Mural PASTI
Berikut adalah gambar yang perlu dilukis di dinding bangunan PASTI (tertakluk kepada kesesuaian ruang dinding / struktur premis PASTI masing-masing).
1. Semut
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila sampai ke “Waadin- Naml”, berkatalah seekor semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.” (27:18)

2.Lebah
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah, “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” (26:67)
3. Lembu
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata : “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab : “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.” (2:67)
4.Unta
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” (22:27)
5.Burung Gagak
“Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: “Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?”. Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.” (5:31)
6. Gajah
“Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?” (105:1)
7. Lalat
“Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).” (22:73)

8. Labah-labah
“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.” (29:41)
9.Burung
“Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(67:19).
10. Kuda
“Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.” (17:64)
11. Ikan
“Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah” (18:61)
12.

Ikan Paus
“Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak. Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang Yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.” (37:142-144)
13. 14.Guru dan murid-murid Komputer
15. Awan dan Pelangi


Nota : PASTI Cawangan boleh menambah / melukis mural-mural tambahan bagi mana-mana gambar yang menarik dan berunsurkan pendidikan kanak-kanak.

Wednesday 21 December 2011

ANUGERAH PASTI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

21 Muharram 1433H
Ipoh, 17 Disember : PASTI Malaysia telah berjaya menganjurkan program Hari Anugerah Kualiti PASTI peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 pada Sabtu yang lalu. Majlis penuh bersejarah itu dijalankan bertempat di Dewan Perdana, Hotel Seri Malaysia, Ipoh dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sewaktu berucap merasmikan majlis tersebut, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dan kehebatan yang dicapai oleh PASTI pada hari ini. Beliau menegaskan lagi, PASTI telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bukan sekadar anak-anak yang ibu bapanya ahli dan pemimpin UMNO bahkan telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat bukan Islam. Beliau amat mengharapkan PASTI terus berkembang maju pada masa akan datang sehingga mampu membina kampus pendidikan PASTI yang mengandungi sekolah rendah dan menengah PASTI seterusnya kolej universiti PASTI.

Marhaban !

Welcome Mr Vice President !
Sebelum itu, Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Haji Hassan Haji Ahmad pula di dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa usaha-usaha transformasi imej dan pemantapan pengurusan PASTI pada semua peringkat akan dilaksanakan. Beliau menyatakan bahawa PASTI akan melaksanakan beberapa usaha ‘rebranding’ dan beberapa produk baru PASTI akan diperkenalkan. Beliau menegaskan bahawa sasaran PASTI 2012 hingga 2016 ingin menjadikan PASTI sebagai pilihan utama rakyat di negara ini dalam mendapatkan pendidikan awal untuk anak-anak mereka.



Selanjutnya, majlis tersebut merupakan suatu pengiktirafan PASTI Malaysia kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menunjukkan prestasi akademik paling cemerlang sepanjang tahun ini di seluruh pelusuk negara. Sementara anugerah 3K pula merupakan penghargaan tertinggi bagi PASTI cawangan-cawangan yang telah berjaya mewujudkan suasana dan persekitaran PASTI yang selamat, ceria dan amat kondusif bagi merangsang kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tuan Haji Mohamad Sabu juga telah sudi melancarkan Manual Pengurusan PASTI Versi 2012 untuk dijadikan sebagai rujukan para penggerak PASTI seluruh Malaysia di dalam suatu slot pelancaran yang amat menarik perhatian para tetamu majlis itu.

PASTI DAPAT PERHATIAN ANTARABANGSA !


KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah menerima kunjungan hormat daripada Gerakan Islam Sri Langka dan Pakistan yang lebih dikenali dengan nama Jama'ath-e-Islami.

Kunjungan hormat daripada gerakan Islam itu ke pejabat rasmi DPPM yang bertempat di Jalan Raja Laut petang tadi disambut oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre selaku Penolong Setiausaha 2 DPPM dan turut menemai beliau adalah Ustaz Mohd Khairul selaku Setiausaha Kerja PAS Pusat.

Kunjungan tersebut nyata bukanlah satu kunjungan yang kosong apabila pihak daripada Jama'ath-e-Islami ingin berkongsi idea dengan pihak DPPM Asuhan Tunas Islam [PASTI] yang merupakan institusi pendidikan awal PAS ini mendapat perhatian daripada gerakan Islam yang lain apabila pihak mereka berminat untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea mengenai pengalaman DPPM sepanjang mengurus dan menyelia institusi ini.mengenai pengurusan sistem pendidikan yang diselia oleh pihak Pemuda PAS selama ini. Ternyata Pusat

Pertemuan yang singkat itu tadi nyata tidak berakhir di pejabat DPPM sahaja apabila tetamu daripada Jama'ath-e-Islami ingin membuat kunjungan kepada ibu pejabat PASTI yang berpusat di Gombak. Pertubuhan Jama'ath-e-Islami itu diwakili oleh Syed Waqas Jafri daripada Ghazali Education Trust, Shahid Warsi daripada Association for Academic Quality dan Y.I Mohamed Haneez Assistant General Security, Sri Lanka Jama'ath-e-Islami.
--
Jazakallahu Khaira al-Jaza'
PAS for ALL
Membangun Bersama Islam

Thursday 1 December 2011

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) IBNU SINA , BUKIT SENTOSA 2, HULU SELANGOR

DAFTAR SEGERA ANAK ANDA DI PASTI IBNU SINAR
'Penberian yang paling berharga dari ibubapa kepada anak-anak adalah ilmu yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w'