PASTI IS

PASTI IS

Tuesday 27 November 2012

DANA PASTI AKAN DIWUJUDKAN !

KOTA BHARU: Setelah dikritik di dalam Muktamar Dewan Muslimat Khamis lalu berhubung masalah gaji atau elaun guru-guru Pasti yang rendah, hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif menubuhkan dana khas bagi membantu nasib mereka. Ketuanya Nasruddin Hassan ketika ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS berkata, dengan adanya dana ini beliau percaya ia boleh mengatasi masalah gaji guru-guru Pasti. Malah beliau juga mencadangkan agar mana-mana kerajaan dalam Pakatan Rakyat menyumbang satu dana khas melalui dana pendidik terus kepada Pasti. Jelasnya, guru-guru Pasti pada asasnya diberi gaji antara RM400 hingga RM800 sebulan bagaimanapun ia tertakluk kepada pengurusan cawangan Pasti masing-masing. "Gaji mereka ini bergantung kepada jumlah murid dan jumlah yuran yang dibayar oleh murid. "Sebab itulah ada yang dapat gaji lebih dan ada yang dapat gaji kurang," katanya. Tambahnya, Pemuda juga memberi kenaikan elaun sebanyak lima peratus malah juga memberi bonus hari raya dan permulaan masuk sekolah kepada guru-guru Pasti. Khamis lalu, Dewan Muslimat di dalam penggulannya mendesak Dewan Pemuda agar mengambil serius berhubung masalah gaji guru-guru Pasti memandangkan 99.9 peratus yang terlibat di dalam Pasti adalah di kalangan muslimat.

Monday 12 November 2012

HARI KELUARGA PASTI IBNU SINA

Selepas majlis ikhtifal dan sukan pasti bagi 4 buah Pasti di Bukit Beruntung dan Bukit sentosa maka tibalah program yang lebaih santai dan gembira bagi keluarga PASTI iaitu Hari Keluarga.' Kali ini hari keluarga adalah pertama kali bagi PASTI Ibnu Sina ,Bukit Sentosa 2 di mana akan diadakan di pasir putih Kalumpang Resort bermula 8pagi hingga 4 petang. Keluarga melibatkan guru,pengurus dan ajk dialu-alukan bersama pada 13 November 2012 ini.

Thursday 18 October 2012

PASTI ADALAH INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL TERBAIK !

PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam. Walaupun ia adalah pendidikan pra sekolah, PASTI tetap memainkan peranan yang penting dalam memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI cukup jelas iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh. Kurikulum PASTI dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Pendidikan sejak di awal usia adalah penting, bagi memantapkan keimanan .Terdapat sesetengah penyokong jemaah Islam yang mengambil sikap mudah, tidak peduli di mana anaknya belajar, dengan siapa dia belajar kerana merasakan anaknya masih kecil. Nanti apabila besar akan diasuh dengan pendidikan Islam. Betulkah begitu? Bukankah kita diajar mengazankan apabila bayi dilahirkan, supaya kalimah pertama yang didengar ialah kalimah tauhid. Apakah maknanya ini semua, kalau bukan pentingnya mendidik seawal usia. Barangkali juga kita lupa, Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa anak seumpama kain putih maka ibubapanyalah yang mencorakkan samaada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Maka sepatutnya PASTI menjadi pilihan mandatori terhadap pendidikan pra sekolah anak-anak kita. PASTI menetapkan Islam sebagai manhaj pendidikanya. Untuk mencapai matlamat pendidikan Islam iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh maka tiada pilihan lain selain daripada kurikulium Islam yang syumul. Tadika yang tidak mengambil manhaj Islam sebagai teras pendidikan tidak mampu membentuk anak yang beriman dan soleh kerana dasarnya bukan Islam. Mana mungkin sistem pendididkan yang lain daripada Islam akan membentuk peribadi Muslim yang beriman dan bertaqwa. Hanya para pendiddik yang beriman dan beramal soleh akan melahirkan pelajar yang beriman dan beramal soleh. PASTI mempunyai guru – guru yang sememangnya sentiasa di bentuk melalui tarbiyyah jamaah seperti usrah, tamrin dan majlis-majlis ilmu bagi memantapkan ilmu, iman dan amal murabbi sendiri.. Di tangan merekalah, anak -anak kita diasuh. Guru yang tidak memahami Islam tidak dapat menjadikan anak- anak kita sebagai orang yang bertaqwa. Maka di atas alasan apakah kita menghantar anak-anak kita kepada mereka yang jahil hakikat tasawur Islam bahkan menentang perjuangan Islam. Kesungguhan dan keikhlasan guru PASTI dalam mendidik menjadi satu aset yang besar kepada jemaah. Kecintaan mereka kepada perjuangan Islam sepatutnya sudah cukup bagi kita untuk menghantar anak-anak ke PASTI. Sungguh menghairankan , kita bersungguh –sungguh berjuang untuk menegakkan Islam tetapi pada masa yang sama membiarkan anak-anak kita dibentuk oleh orang lain , bahkan diajar oleh guru-guru yang menentang hukum Allah dan Rasul. Dimanakah rasionalnya kita? PASTI sentiasa mengadakan kursus –kursus profesionalisma perguruan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Cabaran pendidikan yang sentiasa berubah dan mencabar, didepani oleh PASTI dengan sewajarnya. Masyarakat hari ini menghadapi cabaran kebendaan yang hebat. Setiap hari media massa menonjolkan gaya hidup yang mewah. Pemikiran umat Islam sentiasa diasak dengan kemajuan pembangunan kebendaan .Lantaran itu mungkin ada sebahagian daripada kita lebih mementingkan RM 300.00 setahun daripada pendiddikan Islam anak-anak kita. Ada sesetengah orang sanggup meninggalkan masjid dan surau yang selama ini hatinya tertambat , kerana diugut tidak akan diberi wang ihsan . Ada pula yang sanggup menjadi jahil sepanjang tahun dengan meninggalkan majlis-majlis ilmu yang selama ini ia menjadi murid setia. Kalaulah ini berlaku, di manakah nilai iman kita . Apa yang akan kita jawab dan persembahkan di hadapan Allah di akhirat nanti.? Kita mesti menyatakan iltizam kepada jamaah melalui tindakan . Setiap program yang disusun oleh jemaah semestinya didukung dengan penuh rasa tanggungjawab. Rasa kecintaan kepada kepada jamaah dan institusi milik jemaah (masjid, surau, markaz, kelas pengajian) mestilah sentiasa disuburkan supaya terus segar. Kita perlu menanam keyakinan bahawa jamaah adalah milik kita.

Monday 15 October 2012

45,000 MURID DALAM SATU SEKOLAH?

World’s biggest school has 45,000 kids October 15, 2012
LUCKNOW, (India): The first day in class for any new pupil can be an overwhelming experience, so imagine arriving for lessons as one of 40,000 pupils on the roll-call of the world’s biggest school. The latest edition of Guinness World Records awards the title to the City Montessori School in the Indian city of Lucknow with 39,437 registered pupils in the 2010-2011 academic year. The school says that enrollment numbers have already risen above 45,000, with 2,500 teachers, 3,700 computers, 1,000 classrooms – and one of the hardest first eleven cricket teams to break into. CMS, as it is known, was opened by Jagdish Gandhi and his wife Bharti in 1959 with a loan of 300 rupees (US$6 at current rates) and just five pupils. Today it sprawls over 20 sites in Lucknow, the capital of Uttar Pradesh state, and is as famous for its exam results and international exchange programmes as for its scale. “The phenomenal growth of our school is a reflection of our efforts to please our parents with our service to their children,” said Gandhi, who is still involved in the school’s management at the age of 75. “Our students have exceptional academic results each year and outstanding global exposure. Getting this Guinness record is heartening but it’s not just about size,” he told AFP. The pupils, who are aged between three and 17, all wear uniform and each class has about 45 members, but the whole school never gathers for assembly as there is nowhere big enough to hold them. CMS, which receives no government funding, charges 1,000 rupees a month in fees for younger pupils, rising to 2,500 a month for seniors. “In such a large school, there are many advantages, one being you get to make a lot of friends across the many sites that we have,” Ritika Ghosh, 14, who has been at CMS for two years, told AFP. “But as the school is so huge it takes a lot of effort to get noticed. Otherwise you are just one of the thousands that study. “There are certainly more challenges and competitions, which in the end prepares us for real life.” Fellow pupil Tanmay Tiwari, 16, credits the large size of the school for making him more outgoing. “I used to be very shy but the school has given me that confidence,” he told AFP. “Now I am in the college team, debating in national competitions.” The school’s size is matched only by its idealistic ambitions, with pupils taught a philosophy of universal peace and globalism under the motto “Jai Jagat” (Victory be to the World). With pupils under fierce pressure to get good exam results, sport is not always a top priority, but cricket coach Raju Singh Chauhan says selecting a team is still tricky. “To fish out sports talent in the 45,000-plus students can be a huge problem,” he said. “For this reason we hold inter-branch competitions to dig out the best children and then eventually we get the bigger picture and our best eleven for the team.” CMS first held the title of the world’s biggest school in 2005, when it had 29,212 pupils, beating the previous record holder, the Rizal High School in Manila, Philippines, which had 19,738 pupils. Alumni include Ushhan Gundevia, an executive banker at Goldman Sachs, and Prakash Gupta, a senior United Nations diplomat in New York, as well as Harvard scholars and several leading surgeons and scientists. “The school is an inspiration not only to the pupils, but also to anyone, anywhere who wants to make a positive difference,” Craig Glenday, editor-in-chief of Guinness World Records, told AFP from London. “The school understands that teaching is the most sacred of professions, and from humble origins to being the largest and one of the most respected educational establishment in the world, it is a truly awe-inspiring story.” - AFP

Thursday 4 October 2012

MESYUARAT PASTI IBNU SINA KALI 16

Mesyuarat PASTI Ibnu Sina ke 16 akan berlangsung malam ini dan kebetulan Mesyuarat PASTI ZON juga akan berlaku pada malam yang sama.Walaubagaimanapun PASTIIS akan menghantar s/u sebagai wakil PASTI IBNU SINA.

Monday 17 September 2012

ALHAMDULILLAH ! SELANGOR JUARA

16 Sept. 2012, Kelantan: Alhamdulillah, berkat usaha dan kesungguhan para guru dan peserta telah mengekalkan status PASTI Negeri Selangor(PNS) sebagai Juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Misi mengekalkan juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2011 telah dirancang sejak Alam Ria Negeri Selangor 2012 (ARNS2012) dijalankan. Segala persiapan telah dilakukan dengan mesyuarat jawatankuasa diadakan bagi membincangkan perjalanan, latihan yang berbaki 2 minggu selepas ARNS 2012 serta kos-kos berkaitan untuk ke Negeri Kelantan Darul Naim. 2 Bas telah bergerak ke Kelantan dengan membawa seramai 2 wakil kontigen negeri, 18 orang guru pengiring, dan 34 orang peserta penyokong PASTI Selangor telah hadir dan menyertai bagi setiap acara yang dipertandingkan. Pendaftran kontigen negeri pada 15 September 2012(Sabtu) seawal 10pagi sehingga 4 petang kemudian dibawa ke homestay yang di tempah. Keseluruhan acara berlangsung pada 16 September 2012 seawal jam 9 pagi dengan 11 acara dipertandingakan di Pusat Tarbiyah Kelantan(PUTIK). Majlis perasmian penutup telah berlangsung jam 2.00petang dan diserikan dengan persembahan para peserta yang terpilih. Alam Ria PASTI Malaysia 2012 telah dirasmikan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa selaku Timbalan Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa dengan di iringi oleh Hj. Hassan Hj. Ahmad(Ketua Pengarah PASTI Malaysia) dan Y.B Haji Abdul Latiff Abdul Rahman(Ketua Pemuda PAS Kelantan). PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada tuan rumah Negeri Kelantan yang berjaya menjayakan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang dan moga berjumpa lagi di masa akan datang, InsyaAllah. Keputusan pemenang mengikut negeri sila rujuk blog di bawah : http://pastipusat.wordpress.com/2012/09/16/tahniah-kepada-semua/

Friday 14 September 2012

ADAB MURID DENGAN GURU

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali.. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina. Jangan banyak bercakap di hadapan guru. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru. Jangan menyangkal kata-kata guru. Jangan mengumpat pelajar lain. Jangan berbisik di hadapan guru. Jangan berpaling kiri dan kanan. Jangan menyoal semasa guru kepenatan. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk). Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali. Rujuk guru dalam memilih ilmu. Jangan duduk tempat guru. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya. Muliakan anak-anak guru. Selalu berhubung dengan guru. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Friday 7 September 2012

ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR

Ucapan Pengarah Program: Cikgu Syukri
Ucapan perasmian oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor p2
2 Sept. 2012, KAPAR: Alhamdulillah PASTI Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012. Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang seluruh PASTI Kawasan berkumpul bagi menonjolkan bakat pelajar mereka melalui pelbagai acara yang telah dipertandingkan termasuk dua acara baru dimana satu acara hanya diperingkat Negeri Selangor sahaja iaitu Mengeja cepat dan satu lagi Kalam Jamaie yang dipertandingakan di peringkat Kebangsaan. Para peserta telah sampai seawal jam 8pagi lagi bagi mendaftarkan diri serta membuat persiapan akhir sebelum acara bermula disetiap dewan pertandingan. Acara berakhir sekitar jam 12tghari dan peserta berehat sambil menanti Jawatankuasa Hakim mengira markah serta rumusan pemenang bagi setiap acara. Majlis Perasmian penutup Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012 telah di Rasmikan oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas bantuan ahlijawatankuasa serta para petugas dan pimpinan dari pelbagai peringkat yang membantu menjayakan program dari awal hingga akhir.

Wednesday 8 August 2012

Sunday 1 July 2012

SKIM BANTU SEKOLAH TADIKA ANAK-ANAK SELANGOR

SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam. RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472. Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini. Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam. Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan. “Bagaimanapun bantuan skim ini tidak melibatkan bayaran tunai kepada penerima sebaliknya ia akan dibayar terus kepada sekolah tadika terlibat,” ujar Dr Halimah. Dr Halimah menjelaskan, sekolah tadika itu pula hendaklah berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), sebuah badan bertindak mengawal selia piawaian sekolah-sekolah tadika seluruh Selangor. “Kerajaan negeri juga buka kepada Tadika Perpaduan dan Kemas, tetapi mereka enggan daftar untuk sertai program ini. “Jadi, yang ada pihak kata kami tak telus dan sebagainya itu tak betul. Sebenarnya mereka sendiri yang enggan kerana berfikiran politik sempit. “Akhirnya ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kemas dan Perpaduan jadi mangsa, tidak dapat menikmati skim ini,” katanya lagi. Menurut Dr Halimah, skim tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku bagi tahun 2012. “Bagi tahun hadapan, peruntukan untuk Skim Tunas diteruskan dan dimasukan di dalam belanjawan berimbang 2013 nanti,” kata Dr Halimah ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di majlis pelancaran skim tersebut. Satu ‘road show’ juga akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi menerangkan skim ini kepada rakyat Selangor bermula di kawasan DUN yang mengandungi paling banyak keluarga berada di bawah paras kemiskinan. ‘Road show’ itu juga akan memaparkan tadika-tadika yang telah menyertai skim ini. Skim yang julung-julung kali diperkenalkan itu telah menerima reaksi positif dari para ibu bapa yang sempat ditemui TVSelangor. “Semenjak kerajaan baru ini, bermacam skim untuk rakyat diperkenalkan, termasuklah terbaru hari ini. Skim Tunas untuk ringankan beban rakyat berpendapatan kurang RM1,500, kata seorang bapa Mohd Suhaimi Ibrahim “Saya percaya bantuan ini dapat meringankan beban golongan sasaran.” Khatijah Hashim, 42, pula menganggap skim yang diperkenalkan ini sebagai mengesahkan lagi tanda kesungguhan Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pencapaian pendidikan rakyat negeri ini. “Sebelum ini ada Tuisyen Rakyat, sekarang pula Skim Tunas, saya nampak Kerajaan Negeri betul-betul serius nak tingkatkan pencapaian pendidikan rakyat Selangor,” kata Khatijah. Turut hadir pada majlis hari ini ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Dr Supian Hussein, dan penyelaras-penyelaras DUN.

Tuesday 12 June 2012

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA 16 JUN !

Mudahan-mudahan program lawatan murid PASTI IBNU SINA dari Bukit Sentosa 2 akan berjalan dengan licin. Perancangan dari siri mesyuarat ke 12 dan ke 13 amat teliti dan insyallah dan doakan agar semuanya selamat dan barkat. Walaubagaimanapun, PASTI IBNU SINA sentiasa menerima dengan hati terbuka kepada sesiapa yang mahu menjadi penyumbang dan penderma samada dalam bentuk wang atau harta benda .

IMPIAN PASTI HINGGA UNIVERSITI

Friday 8 June 2012

MASKOT HADI & HUDA JADI TUMPUAN

MASKOT PASTI CURI TUMPUAN Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini. Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai. Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah. Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali. “baju macam tadika PASTI bEStari,” kata Rosnain Romli di Facebook. Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam. Pengunjung FB Harakahdaily, Muhd Faris pula mencadangkan agar DPPP mengembangkan Hadi dan Huda seperti cerita Upin Ipin. “Mesti ramai yg suka,” kata beliau. Aishah binti Mohsin pula mencadangkan agar Hadi dan Huda dijadikan kartun rasmi untuk PRU-13. “blh gntii upin ipin.. pe2 tahniah atas insiatif yg dilakukan. semoga usaha kalian diberkati Allah SWT,” tulis beliau. dari PASTI MALAYSIA 2 Jun

Thursday 24 May 2012

ALHAMDULILLAH RM50 MULA BULAN 7 !

EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor
Geran PELAJAR TADIKA SKIM TUNAS bermula 1/7/12 Kerajaan Selangor telah meluluskan skim bantuan pelajar prasekolah RM50 sebulan untuk anak berumur 5-6 tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 iaitu garis kemiskinan yang telah diterima pakai oleh kerajaan Selangor. Ini termasuk dalam fasa ke empat dasar MES(Merakyatkan Ekonomi Selangor ) di mana hasil mahsul negeri dikongsi bersama rakyat bagi mengurangkan beban rakyat oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR. Skim Tunas mensasarkan 3000 pelajar tadika yang layak menerima bantuan pendidikan ini pada tahun ini. Skim ini akan menggunakan geran SELANGORKU berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3JUTA dalam bajet tahunan untuk tahun 2013. Kerajaan negeri akan memfokus kepada usaha holistik mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan dengan melihat keperluan asas seperti pendidikan dan sistem sokongan yang lain dalam dasar ‘workfare’, program tuisyen rakyat Selangor(PTRS) , HADIAH RM1000 MASUK UNIVERSITI serta program pembangunan insan SPIES. Program-program tuntas pemberdayaan seisi keluarga akan mempercepatkan proses mengeluarkan mereka daripada belenggu tradisi kemiskinan. SKIM TUNAS ini akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan Selangor Rantaian Mesra Sdn Bhd yang akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor Program ini bakal dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 1.7.12. YB Dr Hjh Halimah Ali EXCO Kerajaan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor 23.5.12

Thursday 19 April 2012

MUKTAMAR GURU PASTI MALAYSIA 28 MEI 2012



Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia mengucapkan selamat datang kepada semua peserta dan petugas Sambutan Hari Guru, Muktamar Majlis Guru PASTI dan Konvokesyen Guru-guru PASTI Malaysia Tahun 2012.
Century Pines Resort Hotel
Tanah Rata, Cameron Highlands.
28 & 29 Mei 2012 ( Isnin & Selasa )

Beberapa pesanan awal untuk ingatan semua :

1. Membayar duit penyertaan ( RM 100.00 ) untuk menampung sebahagian kos makanan dan penginapan di hotel berprestij.

2. Merancang perjalanan ke Cameron Highlands supaya dapat selamat tiba sebelum jam 1.00 petang 28 Mei kerana kesesakan jalan di sana sempena musim cuti persekolahan.

3. Bersedia dengan struktur jalan jika melalui laluan Tapah – Cameron Highlands. Jalan berliku-liku ( sediakan beg muntah atau makan pil )

4. Jika ingin membawa keluarga, sila buat tempahan penginapan sendiri dengan kadar segera. Semua hotel dan homestay mengenakan caj yang lebih tinggi pada musim cuti dengan kenaikan hampir 100% ( contoh – bilik biasa RM 89.00, musim cuti RM 189.00 ).

Semoga semuanya selamat tiba dan terhibur dengan keindahan alam ciptaan Tuhan di kawasan percutian pergunungan tersohor ini !

Sunday 8 April 2012

IJTIMAK GURU PASTI 2012


Gombak, 29 Jan 2012: Bertempat di Surau Al-Khafi, Taman Pinggiran Batu Caves telah berlangsungnya seminar pilihanraya Guru-guru PASTI Negeri Selangor. Ianya khusus untuk memberi penerangan berkenaan pilihanraya bagi membolehkan guru-guru PASTI bersama membantu menjalankan gerak kerja pilihanraya. Seminar ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah PASTI Selangor sektor pilihanraya, Sdr Mad Shah Mior Bin Mad Kosim.

Selepas sesi penerangan, guru-guru dihantar ke lokasi tertentun bagi menjalankan praktikal penerangan dan gerak kerja pilihanraya. Majlis dirasmikan oleh Pengarah PASTI Selangor iaitu Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua guru dan pengurusan yang terlibat dan menjayakan program ini.