PASTI IS

PASTI IS

Monday 17 September 2012

ALHAMDULILLAH ! SELANGOR JUARA

16 Sept. 2012, Kelantan: Alhamdulillah, berkat usaha dan kesungguhan para guru dan peserta telah mengekalkan status PASTI Negeri Selangor(PNS) sebagai Juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Misi mengekalkan juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2011 telah dirancang sejak Alam Ria Negeri Selangor 2012 (ARNS2012) dijalankan. Segala persiapan telah dilakukan dengan mesyuarat jawatankuasa diadakan bagi membincangkan perjalanan, latihan yang berbaki 2 minggu selepas ARNS 2012 serta kos-kos berkaitan untuk ke Negeri Kelantan Darul Naim. 2 Bas telah bergerak ke Kelantan dengan membawa seramai 2 wakil kontigen negeri, 18 orang guru pengiring, dan 34 orang peserta penyokong PASTI Selangor telah hadir dan menyertai bagi setiap acara yang dipertandingkan. Pendaftran kontigen negeri pada 15 September 2012(Sabtu) seawal 10pagi sehingga 4 petang kemudian dibawa ke homestay yang di tempah. Keseluruhan acara berlangsung pada 16 September 2012 seawal jam 9 pagi dengan 11 acara dipertandingakan di Pusat Tarbiyah Kelantan(PUTIK). Majlis perasmian penutup telah berlangsung jam 2.00petang dan diserikan dengan persembahan para peserta yang terpilih. Alam Ria PASTI Malaysia 2012 telah dirasmikan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa selaku Timbalan Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa dengan di iringi oleh Hj. Hassan Hj. Ahmad(Ketua Pengarah PASTI Malaysia) dan Y.B Haji Abdul Latiff Abdul Rahman(Ketua Pemuda PAS Kelantan). PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada tuan rumah Negeri Kelantan yang berjaya menjayakan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang dan moga berjumpa lagi di masa akan datang, InsyaAllah. Keputusan pemenang mengikut negeri sila rujuk blog di bawah : http://pastipusat.wordpress.com/2012/09/16/tahniah-kepada-semua/

Friday 14 September 2012

ADAB MURID DENGAN GURU

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali.. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina. Jangan banyak bercakap di hadapan guru. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru. Jangan menyangkal kata-kata guru. Jangan mengumpat pelajar lain. Jangan berbisik di hadapan guru. Jangan berpaling kiri dan kanan. Jangan menyoal semasa guru kepenatan. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk). Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali. Rujuk guru dalam memilih ilmu. Jangan duduk tempat guru. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya. Muliakan anak-anak guru. Selalu berhubung dengan guru. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Friday 7 September 2012

ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR

Ucapan Pengarah Program: Cikgu Syukri
Ucapan perasmian oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor p2
2 Sept. 2012, KAPAR: Alhamdulillah PASTI Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012. Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang seluruh PASTI Kawasan berkumpul bagi menonjolkan bakat pelajar mereka melalui pelbagai acara yang telah dipertandingkan termasuk dua acara baru dimana satu acara hanya diperingkat Negeri Selangor sahaja iaitu Mengeja cepat dan satu lagi Kalam Jamaie yang dipertandingakan di peringkat Kebangsaan. Para peserta telah sampai seawal jam 8pagi lagi bagi mendaftarkan diri serta membuat persiapan akhir sebelum acara bermula disetiap dewan pertandingan. Acara berakhir sekitar jam 12tghari dan peserta berehat sambil menanti Jawatankuasa Hakim mengira markah serta rumusan pemenang bagi setiap acara. Majlis Perasmian penutup Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012 telah di Rasmikan oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas bantuan ahlijawatankuasa serta para petugas dan pimpinan dari pelbagai peringkat yang membantu menjayakan program dari awal hingga akhir.