PASTI IS

PASTI IS

Thursday 9 October 2014

INNALILLAH ! 2 KAPALTERBANG MAS BERLAGA ?

Dua Pesawat MAS Berlanggar Di Landasan KLIA Tragedi masih mengekori MAS. Kali ini ianya tidaklah seteruk MH370 dan MH17. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 6.30pm tadi. Berlaku satu perlanggaran diantara 2 buah kapal terbang milik MAS di Bay 5 ( no pendaftaran 9M-MSF) dan Bay 7 (no pendaftaran 9M-MLS) Kejadian ini dipercayai berpunca dari kecuaian staf yang bertugas untuk towing kapal MH1158 di Bay 5 (KUL-PEN etd 1820hrs) berlepas sehingga terlanggar sayap pesawat yang berhampiran kapal MH1276 (KUL-KUA etd 1835hrs). Penumpang kedua-dua destinasi diarahkan untuk bertukar kapal untuk ke destinasi masing-masing. - Sumber Pkrl

SEMOGA ALLAH BERKATI SUMBANGAN TUAN/PUAN KEPADA PASTI KAMI !

Ucapan Syukor kita panjatkan kepada Allah s.w.t atas ketiadaan kerosakan besar dan kecederaan semasa musibah melanda PASTI IBNU SINA Bukit Sentosa 2(Cuma pagar rosak , dan banjir) . Pengurus PASTI Ibnu Sina sdr Rohaizat berterima kasih atas sumbangan wang tunai dan Bank In dari perseorangan dan NGO tanda simpati seperti Sumbangan dari MGPK, MGPN, PASTI Assolihin PASTI Sg. Buaya , PASTI AT-TAQWA ,PASTI UMI SHAM, Hanya Allah yang dapat layak membalasnya.Dengan sumbangan ini dapatlah menampung perbelanjaan membaiki pagar dan tiang yang rosak, papan tanda dan lain-lain.

Wednesday 3 September 2014

PASTI IBNU SINA BUKIT SENTOSA DGN MERDEKA KE 57

CERIA DAN BERJAYA PROGRAM ALAM RIA PASTI MALAYSIA DI JOHOR 2014

PROGRAM ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2014
Alhamdulillah, sekali lagi program Alam Ria PASTI Malaysia berjaya mengumpulkan juara-juara peringkat negeri dari seluruh Malaysia. Program berjalan dengan lancar dan sungguh meriah di Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Parit Jawa, Muar, Johor pada 30 Ogos 2014 baru-baru ini. Tetamu kehormat merangkap perasmi Alam Ria kali ini adalah YB Tuan Hj. Aminulhuda Hassan, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor. Turut hadir adalah Pengarah serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia serta dif-dif kehormat yang lain. Acara-acara pertandingan dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Acara yang dipertandingkan adalah Nasyid, Hafazan, Bercerita, Sajak, Azan, Pidato, Khutbah, Kalam Jama’ie. Kesemua peserta Alam Ria menyampaikan persembahan dengan amat baik dan penuh semangat di hadapan ratusan hadirin yang datang. Tahun ini kita sangat bertuah kerana dapat menyaksikan wakil dari Sarawak membuat persembahan dalam acara Alam Ria 2014 ini. Walaupun baru pertama kali Sarawak menghantar wakil, namun mereka terus menunjukkan kehebatan dengan memenangi dua acara daripada lapan penyertaan yang dipertandingkan. PASTI Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada PASTI Negeri Johor, Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Sek Men Agama At-Tanwiriah, ahli jawatankuasa pengelola, para hakim, ibu bapa serta para hadirin yang telah bertungkus lumus serta sama-sama memeriahkan Alam Ria pada kali ini. PASTI Malaysia turut mengucapkan ribuan tahniah kepada semua pemenang, serta semua peserta yang telah berjaya ke peringkat Malaysia. Berikut adalah senarai pemenang Alam Ria PASTI Malaysia 2014: HAFAZAN (L) 1. JOHOR – ANDIK ANIQ AQIL BIN ANDIK ZUL AZRI 2. SARAWAK – MUHAMMAD SYAHID HANZALAH BIN MOHD SAZLAN 3. PERLIS – MOHAMMAD NABIL BIN MOHD HAFIZ HAFAZAN (P) 1.KEDAH – NUR SUFI AULIYA BT MOHD NOOR 2. PERLIS – NIA RAMADHANI SOFEA BT SHARDI ELVISLY 3. PERAK – NABILAH SOLEHAH BT MOHD SYAHRIZAL BERCERITA (L) 1. PAHANG – MUHAMMAD AMJAD SAFWAN BIN MUHAMMAD SUKRI 2. JOHOR – LUQMAN HAKIM BIN MUSLIMIN 3. SELANGOR – MUHAMMAD HILMAN KHAIR BIN MOHD HISAM BERCERITA (P) 1. KEDAH – MARSYA AFNAN BT MAHATHIR 2. TERENGGANU – NOR ALYSSA BT ABD RAZAK 3. PAHANG – NOUR INSYIRAH MAYSARAH BT MOHAMAD EZANI SAJAK (L) 1. JOHOR – MUHAMMAD FAIZ AKMAL BIN YAZID 2. SELANGOR – MUHAMMAD HILMAN WAFI BIN MOHD AZUAR 3. PAHANG – ADIB ZUHAILI BIN BORHAN SAJAK (P) 1. SARAWAK – NUR MARISSA BT MOHAMMAD SAIFOL 2. PULAU PINANG – AISYAH BALQIS BT MOHD HARRIS 3. TERENGGANU – NOR HUSNA NUHA BT NORHAYAZI PIDATO 1. PULAU PINANG – HUSNA BT KHAIRUL ANUAR 2. MELAKA – SYAMSINAR AIRISSA BT SHAMSUL HAZLI 3. TERENGGANU – WAN AINUR JANNAH BT WAN HAIRIL AZAN 1. TERENGGANU – WAN IMRAN HUSSIN BIN WAN SAUFI 2. SELANGOR – MOHD ZAWEER AFHAM BIN MOHD FAHMI 3. JOHOR – NUR MUHAMMAD YUSUF AL-FALAH BIN RAZALEE KHUTBAH 1. KEDAH – MUHAMAD ADIB ZAKWAN BIN MOHD FADFLI 2. JOHOR – MUHAMMAD ADAM WAIE BIN NAZARUDDIN 3. N.SEMBILAN – HARITH SAFWAN BIN MOHD SAFARI KALAM JAMAIE 1. PASTI NEGERI JOHOR 2. PASTI NEGERI KEDAH 3. PASTI NEGERI PERAK NASYID 1. PASTI NEGERI SELANGOR 2. PASTI NEGERI JOHOR 3. PASTI NEGERI PAHANG JUARA KESELURUHAN: PASTI NEGERI JOHOR

Monday 9 June 2014

PROJEK LAWATAN PASTI IBNU SINA SELEPAS EIDULFITRI 1435H.

Lawatan ke Zoo Negara memang banyak memberi pengalaman pembelajaran dari pemerhatian dan maklumat nyata yang dialami sendiri khasnya murid-murid PASTI. PASTI Ibnu SIna Bukit Sentosa 2 telah merangka lawatan insya Allah selepas Hari Raya Puasa 1435 Hijriah.AJK/Guru PASTI Ibnu Sina akan memastikan lawatan kali ini lebih bermakna dan ceria.Dijangka 2 tempat akan menjadi pilihan dan Zoo Negara akan jadi pilihan utama lebih-lebih lagi dengan kehadiran 2 ekor beruang Panda negara.

Monday 3 February 2014

Alhamdulillah 17 buah PASTI

Alhamdulillah kini terdapat 17 buah PASTI di Kawasan Hulu Selangor yang meliputi 3 DUN iaitu DUN Hulu Bernam, Dun Batangkali dan DUN Kuala Kubu.Mudah-mudahan impian lebih banyak lagi PASTI akan ditubuhkan pada tahun 2014 ini demi menyediakan tempat belajar yang mampan ilmu Islam bagi pra-sekolah dan seumpamanya. SENARAI PASTI HULU SELANGOR Kawasan Hulu Selangor : 012-6025262 1. PASTI UMI SHAM- Jln Kemboja 4A/5, Bkt. Sentosa : 013-2481967 2. PASTI AN2.NABI"E- Jln Kembojasari 6, Bdr. Sg. Buaya : 016-9978323 3. PASTI AL Rasyidin - Jln Semarak Bukt Beruntung 4. PASTI AL FAIZIN- Tmn Bunga Raya, Bkt Beruntung : 012-6170358 5. PASTI ANAS-Jln Gapi 1D/13, Antara Gapi : 016-3220758 6. PASTI AL AKMAL 1- Jln Melor, Kg. Sri Serendah : 019-3702116 7. PASTI AL AKMAL 2-Jln Anggerik 1D, Desa Anggerik,Serendah: 013-3910788 8. PASTI RASA SAYANG- Jln Keruing 4A, Taman Keruing Rasa : 019-2777622 9. PASTI AL AMIN- Jln Kolam Air, KKB : 017-3544366 10. PASTI AS-SAKINAH- Jln Songket 2D, Tmn. Desa Bkt. Bujang : 013-6059291 11. PASTI AT TAQWA- Jln Meranti 2C/4, Bdr. Utama Btg Kali : 012-9400312 12. PASTI AL HUSNA- Kg Seri Geriang, H. Bernam : 019-2513370 13. PASTI AZ-ZAHRA ,Kalumpang 14. PASTI IBNU SINA ,BKT SENTOSA 2 : 01123003820 15. PASTI AS-SOLIHIN, Taman Bunga Raya(TBR), Bukit Beruntung 16. PASTI SALAHUDIN AYUBI, GESIR 17. PASTI AT TAQWA 2, No 21 Jln Mahagoni 2A/6,Tamu Hill Park,Bandar Utama Batangkali : 0123538514