Thursday, 28 March 2013

KUASA Al-QURAN MENYERAP ILMU LAIN

Kuasa Al Quran Dalam Menyerap Ilmu Lain Pada Kanak-Kanak Saya telah melihatnya.. Saya telah mengalaminya.. Kebanyakkan ibubapa, takut anak tertinggal di belakang bila dia masuk ke sekolah nanti, maka sejak dari bayi lagi, kita mula nak kenalkan ABC dan 123.. Kita mula memenuhkan tempat bermainnya dengan educational toys untuk tujuan memperkenalkan huruf dan abjad. Kalau ibu dan bapa bekerja, maka toys berjenama mahal lah yang dibeli. Jika seorang sahaja, maka jenama biasa-biasa sahajalah tetapi tetap ada. Kita berkata dalam hati, al Quran itu 'nanti-nanti' pun boleh. Lagipun.. mana ada ujian al Quran bila dia masuk sekolah rendah nanti. Dah besar sikit, hantar sahaja mengaji dengan ustaz/ustazah di belakang rumah tu. Itu mentaliti ibu-ibu yang seangkatan dengan zaman saya dahulu. Rakan-rakan saya semunya begitu. Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk mengajar anak mereka dari kecil berbanding dengan ibu-ibu zaman 'ibu saya' yang tidak terfikir tentang pendidikan awal bayi. Apapun.. besar panjang juga kita-kita ini. Zaman telah berubah, kita tidak boleh melakukan perkara yang sama. Tetapi ada satu yang tidak patut untuk berubah. Iaitu.. mengajar al Quran dari bayi mengikut contoh ibu-ibu zaman kegemilangan Islam dahulu. Saya telah rasa dan mengalaminya.. Alangkah baiknya jika semua orang tahu akan kuasa al Quran pada anak mereka jika ianya diajar dari bayi lagi. Terus terang saya katakan keutamaan yang saya letakkan pada anak saya adalah menentang arus dari keutamaan ibubapa sekarang yang mahu anak 'excel' dalam persekolahan mereka terutamanya. Saya mengajar al Quran dahulu.. yang lain saya kemudiankan. Umur anak-anak saya mahu menginjak hampir 5 tahun baru saya mula mengajar membaca dan mengira. Itupun setelah berfikir.. apa salahnya ajar samping-sampingan. Oleh kerana sudah niat dihati ia diajar 'samping-sampingan' maka tidaklah saya konsisten. Apa keputusannya? Kedua-dua anak saya sudah pandai membaca bahasa Inggeris. Darwisya pula sudah peringkat boleh membaca Science Encyclopedia dalam Bahasa Inggeris. Matematik.. keduanya boleh melakukan operasi matematik yang lebih rumit jika dibandingkan peringkat umur mereka. Saya kata lebih rumit dari umur mereka kerana saya telah melihat buku teks darjah 1 dan darjah 2 anak buah saya. Maka saranan saya, bagi mereka yang punya anak kecil, mulakan dengan al Quran. Ada juga pembaca blog ini yang anak mereka telah dewasa dan jika manalah tahu satu hari Allah kurniakan seorang anak kecil lagi, cubalah ajar yang sikecil comel itu al Quran. Kita akan lihat perbezaan dia dengan anak-anak yang besar tadi. Dia akan lebih terang hati menerima pelajaran lain. InsyaAllah.. Ok, mari kita saksikan 'hasil kerja' saya mengajar anak saya membaca Bahasa Inggeris dalam video ini..

Thursday, 21 March 2013

PASTI DI TV 9

Sesi Rakaman “Pesan Atuk” untuk siaran di TV 9 yang melibatkan persembahan daripada murid-murid PASTI Malaysia. Tarikh rakaman 02 Februari 2013 bertempat di Studio NTV 7, Glemarie Industrial Park, Shah Alam. Tahniah kepada semua !

Tuesday, 27 November 2012

DANA PASTI AKAN DIWUJUDKAN !

KOTA BHARU: Setelah dikritik di dalam Muktamar Dewan Muslimat Khamis lalu berhubung masalah gaji atau elaun guru-guru Pasti yang rendah, hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif menubuhkan dana khas bagi membantu nasib mereka. Ketuanya Nasruddin Hassan ketika ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS berkata, dengan adanya dana ini beliau percaya ia boleh mengatasi masalah gaji guru-guru Pasti. Malah beliau juga mencadangkan agar mana-mana kerajaan dalam Pakatan Rakyat menyumbang satu dana khas melalui dana pendidik terus kepada Pasti. Jelasnya, guru-guru Pasti pada asasnya diberi gaji antara RM400 hingga RM800 sebulan bagaimanapun ia tertakluk kepada pengurusan cawangan Pasti masing-masing. "Gaji mereka ini bergantung kepada jumlah murid dan jumlah yuran yang dibayar oleh murid. "Sebab itulah ada yang dapat gaji lebih dan ada yang dapat gaji kurang," katanya. Tambahnya, Pemuda juga memberi kenaikan elaun sebanyak lima peratus malah juga memberi bonus hari raya dan permulaan masuk sekolah kepada guru-guru Pasti. Khamis lalu, Dewan Muslimat di dalam penggulannya mendesak Dewan Pemuda agar mengambil serius berhubung masalah gaji guru-guru Pasti memandangkan 99.9 peratus yang terlibat di dalam Pasti adalah di kalangan muslimat.