PASTI IS

PASTI IS

Tuesday 12 November 2013

GURU-GURU PASTI IBNU SINA BUKIT SENTOSA 2 YANG AMAT BERJASA!

Sdr Rahmat sebagai Timbalan Pengurus PASTI Ibnu Sina sedang menerima cendarahati dari Sdr Wan Ismail mewakili Pengurus yang tidak dapat hadir kerana bertugas.
Puan Mastura sedang menerima cenderahati dari Sdr Shahlan mantan Pengurus PASTI Ibnu Sina.
Puan Lela sedang menerima cenderahati dari Sdr Shahlan mantan Pengurus PASTI Ibnu Sina.
Puan Nora sedang menerima cenderahati dari Sdr Shahlan mantan Pengurus PASTI Ibnu Sina.
Cikgu Diah sedang menerima cenderahati dari Sdr Shahlan mantan Pengurus PASTI Ibnu Sina. Tahniah kepada Guru-Guru PASTI Ibnu SIna , Bukit Sentosa 2 yang telah berusaha mendidik dan menunjukajar anak-anak kita sehingga mereka dapat membaca ,menulis dan beraktiviti dah kemuncaknya mereka dapat mengenal Al-Quran .Juga terima kasih kepada Pengurus PASTI Ibnu SIna Sdr Rohaizat yang dibantu Sdr Rahmat(Timbalan Pengurus PASTI) dan ajknya. Pengurusnya Sdr Rohaizat dan di bawahini kelihatan mantan Pengurus PASTI Ibnu SIna Sdr Shahlan sudi menyampaikan cenderahati kepada 4 orang guru tersebut.jazakallahhuhaira

Tuesday 20 August 2013

TANGGAPAN AWAL PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK

Tanggapan Awal Perkembangan Pendidikan Kanak-kanak Peringkat terawal falsafah pendidikan awal kanak-kanak secara traditional menyatakan bahawa kanak-kanak sebagai pembelajar yang aktif (active learner). Mereka mempercayai kanak-kanak boleh; - berkemahuan bergerak untuk melibatakan kepada sesuatu perkara, biasanya dengan kanak-kanak lain (digalakkan dengan tujuan dan berfikiran kreatif) - membuat pilihan utama - memilih dikalangan pelbagai yang bermanfaat aktiviti yang hidup ("hidup" bermaksud kanak-kanak tidak memilih hanya kepada kertas tugasan atau helaian kerja semata-mata). Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri

Wednesday 31 July 2013

JANGAN PAKSA KANAK-KANAK BERPUASA ,SOLAT DIUTAMAKAN DULU!

Mulakan secara berperingkat Mungkin ada yang bertanya, umur berapa tahun sebaiknya si anak diajar berpuasa. Realitinya, tidak ada dalil khusus dalam syariat yang menekankan mengenai mendidik anak berpuasa, berbeza dengan sembahyang. Rasulullah SAW menekankan agar ibu bapa menyuruh anak belajar sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan sekiranya ketika berusia 10 tahun, si anak tadi enggan sembahyang maka si anak dibenarkan diberi hukuman dengan pukulan sekadar untuk mengajar atau menakutkan. Mengambil kira syarat berpuasa pula, diwajibkan kepada yang baligh iaitu usia bermula sembilan tahun. Namun, jika tak biasa dan hanya diminta si anak berpuasa tika telah diwajibkan, pastinya akan memberikan dugaan dan cabaran besar buat si anak. Lantas, sebaiknya si anak diajar berpuasa bermula usia seawal empat atau lima tahun iaitu ketika si anak telah mampu untuk meluahkan isi hati mengenai keadaan dirinya. Ajarkan si anak berpuasa secara bertempoh. Boleh mulakan dengan bersahur kemudian tidak mengambil sarapan dan berbuka tika waktu makan tengahari. Seterusnya biasakan dengan tempoh yang lebih lama, mungkin berbuka tika azan waktu solat Asar dan akhirnya cukup sehari dengan berbuka ketika masuknya waktu solat Maghrib. Membiasakan diri sebegini akan dapat memberikan kekuatan kepada si anak untuk berpuasa penuh dan tak terlalu ‘sakit’ tika menghadapi puasa yang sebenar. Paling penting, si anak yang telah terbiasa berpuasa akan rasa ralat jika sengaja meninggalkannya. Janjikan ganjaran Tidak salah jika ibu bapa menjanjikan suatu ganjaran buat si anak sekiranya berpuasa. Sebagai contoh, jikia si anak baru belajar berpuasa, boleh dijanjikan RM10 jika dapat berpuasa penuh sehari dan RM5 jika dapat berpuasa separuh hari. Jika anak telah berusia tujuh tahun, tika tempoh disiplin diri sewajibnya ditekankan menurut syariat (mengambil kira perintah solat), janjikan hanya jika si anak berpuasa penuh dan tidak akan memperolehi sebarang ganjaran jika berpuasa separuh hari. Selain ganjaran berbentuk wang, si anak yang berpuasa boleh dijanjikan dengan ganjaran mengikut kehendak hatinya. Mungkin si anak berminat untuk menikmati hidangan tertentu atau memperolehi sesuatu maka cabarlah si anak untuk berpuasa penuh dan kehendak hatinya akan dipenuhi. Namun, ganjaran hanya sesuai untuk anak yang baru belajar berpuasa dan di bawah umur baligh. Jika si anak telah baligh, perlu bertegas menyuruh si anak berpuasa bagi melaksanakan perintah Allah dan bukan demi ganjaran semata-mata. Tika si anak berusia sembilan tahun, tak perlu dijanjikan sebarang ganjaran namun boleh diwujudkan ganjaran tersebut sebagai kejutan saat akhir iaitu diserahkan tanpa si anak maklum terlebih dahulu tika hari raya sebagai pendidikan bahawa berpuasa adalah perintah Allah yang wajib ditunaikan dan sebagai ibu bapa, ganjaran anda berikan kerana berbangga dengan prestasi si anak dalam usaha menjadi anak yang soleh atau solehah. Wujudkan persaingan Selain ganjaran, ibu bapa juga boleh wujudkan persaingan sihat antara anak-anak, jika memiliki lebih daripada seorang anak. Malah, andai memiliki hanya seorang anak yang boleh dilatih berpuasa, masih boleh wujudkan persaingan antara si anak dengan sepupunya dan boleh juga wujudkan persaingan dengan diri anda sendiri. Contohnya, anda boleh ceritakan kepada anak anda mengenai kisah anda belajar berpuasa tika kecil dulu tetapi pastikan si anak mendapat manfaat dan semangat, bukan menjadikan si anak lebih tidak minat berpuasa. Mungkin boleh ceritakan mengenai anda yang tidur hampir seharian kerana nak juga mempertahankan puasa dan selitkan, anda yakin anak anda akan lebih bersemangat sebab anda kenal anak anda sebagai seorang yang lebih kuat berbanding tika anda kecil dahulu. Secara tidak langsung, si anak akan rasa tercabar untuk menandingi kehebatan anda ketika kecil seterusnya akan menjadikan anda berbangga dengan dirinya. Berikan perhatian dan pujian Bagi seorang kanak-kanak, mainan atau wang yang diberikan sebagai ganjaran berpuasa tidaklah sehebat mana dibandingkan dengan pujian dan perhatian yang diperolehinya daripada anda sebagai ibu atau bapa. Lantas, dalam kekalutan anda bekerja juga kepenatan anda berpuasa, pastikan anda tetap memberikan perhatian kepada anak anda. Anda boleh ambil tahu mengenai perasaannya selepas berjaya berpuasa, boleh juga ambil tahu hidangan yang diidamkan untuk dinikmati tika berbuka, boleh juga tanyakan menu kegemaran untuk menambah selera ketika bersahur. Perhatian yang anda berikan akan menambah semangat si anak untuk berpuasa kerana yakin, susah payahnya berusaha untuk berpuasa dihargai oleh anda. Ingat! Anak-anak kecil masih belum faham konsep pahala dijanjikan Allah Taala lantas sebagai ibu bapa, biasakan dengan ganjaran dunia ketika si kecil belajar berpuasa tetapi tetap masukkan dalam minda mereka, puasa mereka dinilai oleh Allah sebagai pahala untuk kehidupan abadi di syurga kerana anak-anak yang masih suci ini boleh memahami keindahan syurga dan kehidupan abadi di sana nanti, insyaAllah. Jangan paksa Paling penting, jangan paksa anak anda berpuasa. Jika keadaan dikenal pasti sebagai tidak menyokong usaha anak anda untuk terus berpuasa seperti keletihan yang melampau sebab tidak bersahur, pujuk si anak berbuka. Perlu pastikan anak anda sentiasa dalam keadaan yang dijamin kesihatan dan keselamatannya. Tanamkan dalam minda, anak anda baru belajar berpuasa...

Friday 14 June 2013

CARA YANG DIGUNAKAN DALAM MENINGKATKAN CIRI-CIRI POSITIF TERHADAP MURID-MURID BERPERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT

CARA-CARA YANG SAYA GUNAKAN DALAM MENINGKATKAN CIRI-CIRI POSITIF TERHADAP MURID-MURID SAYA YANG BERPERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT Posted by: Suryati Md.Yasin Di sekolah, kesemua murid saya mempunyai personalitii ekstrovert dan introvert. Cuma yang membezakannya, kecenderungan salah satu personaliti ini menjadi dominan dalam diri murid-murid. Murid-murid yang cenderung kepada personaliti ekstrovert ini lebiih ramai berbanding dengan murid-murid yang cenderung kepada personaliti introvert Murid-murid yang bersifat ekstrovert. Saya dapati murid-murid yang bersifat ekstrovert ini lebih aktif dan sukakan perhubungan dengan dunia luar. Selain itu mereka merupakan Individu yang berkeinginan mencuba semua perkara terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu yang berada di luar dirinya,tidak mudah malu, pertuturan lancar, bebas dari risau, berminat dalam sukan, peramah dan suka membuat kerja dalam kumpulan. Itu antara sikap-sikap yang positif dalam diri mereka.. Namun ada ciri-ciri negatif yang ada pada murid-murid sebegini iaitu mereka tidak boleh diharapkan dalam melaksanakan tugas yang diberi dan seorang yang cuai. Untuk meningkatkan ciri-ciri positif dalam diri murid-murid yang cenderung kepada persoanliti ini beberapa cara telah saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Oleh kerana murid ektrovert suka mencuba sesuatu yang baru dan suka untuk tahu sesuatu maka saya telah gunakan teknik innkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh saya telah memberikan soalan mengenai mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku dan memberikan mereka bahan untuk membuat kajian. Kadangkala pengajaran dan pembelajaran saya laksanakan di luar bilik darjah. Murid-murid ektrovert ini lebih aktif dan tidak boleh duduk diam. Untuk itu saya banyakkan aktiviti yang lebih memerlukan banyak pergerakkan kepada murid-murid ini. Saya telah mengadakan aktiviti lakonan, permainan, mencari harta karun, dan aktiviti sukaneka. Saya ambil satu contoh iaitu saya telah mengadakan aktiviti sukaneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini diminta memancing kepingan ikan yang mewakili suku kata terbuka kemudian berikan kepingan ikan tersebut kepada kawan lalu bentukkan suku kata terbuka tersebut menjadi satu perkataan. Saya dapati murid-murid menjadi semakin aktif dan seronok. Latihan atau tugasan bagi murid ektrovert ini biasanya diberi untuk dilaksanakan secara berkumpulan. Contohnya saya telah memberi mereka kepingan puzzle yang mewakili huruf jawi. Lalu saya meminta mereka mencantumkan puzzle tersebut agar membentuk huruf jawi yang sempurna. Permainan lain yang melibatkan aktiviti kumpulan ialah permainan keretapi, mencari harta karun dan tol ilmu. Biasanya saya akan melantik ketua kumpulan yang terdiri daripada murid-murid dari personaliti ekstrovert untu meningkatkan lagi keupayaan mereka dalam memimpin. Murid-murid yang bersifat introvert Satu pertiga daripada murid-murid saya terdiri daripada mereka yang berpersonaliti introvert. Saya tidak menghadapi masalah dalam mengawal murid-murid ini kerana mereka ini merupakan seseorang individu yang lebih menfokuskan idea-idea dalaman, pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, reflektif, cermat sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu dan bersedia menanggung risiko. Namun sebagai seorang guru saya tidaka akn membiarkan ciri-ciri positif ini dalam murid-murid seperti ini menjadi kaku atau membiarkan ciri-ciri negatif menguasai murid-murid ini. Pelbagai cara saya gunakan untuk meningkatkan kendiri yang positif dalam diri mereka. Pendekatan yang selalu saya gunakan ialah dengan memberikan motivasi kepada murid-murid yang introvert. Biasanya saya berikan lebih kata-kata pujian dan galakkan agar dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka. Kaedah penerangan juga merupakan salah satu cara yang saya gunakan kerana murid-murid introvert ini malu bertanya. Biasanya saya lebih suka pergi berhadapan secara personal dengan murid-murid ini dengan menyelami diri mereka dan memberikan motivasi kepada mereka. Secara berperingkat-peringkat saya melibatkan mereka dengan aktiviti sosail. Sebagai contoh daripada aktiviti individu, saya melaksanakan aktiviti secara berpasangan. Saya akan pastikan murid-murid introvert ini mendapat pasangan yang berbeza pada hari-hari lain. Dengan cara itu mereka akan mengenali kesemua rakan mereka di dalam kelas. Seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. Saya lihat cara ini telah berjaya meningkatkan keyakinan dan kemahiran sosial mereka. Salah satu cara untuk menggalakkan mereka lebih aktif biasanya saya akan meminta mereka membantu saya. Sebagai contoh, meminta tolong mereka menghantar buku latihan ke bilik guru. Secara fitrah kanak-kanak suka bermain. Maka saya cuba menarik perhatian mereka dengan aktiviti permainan. Mula-mula saya menyelidik terlebih dahulu permainan yang mereka sukai, kemudian mengubah permainan itu menjadi lebih seronok, aktif dan dibuat secara berkumpulan. Hasil daripada pemerhatian saya murid-murid ini mempunyai nilai estitika dalam diri. Mereka seorang yang cermat, teliti dan sukakan pada seni. Oleh itu saya lebih cenderung memberi mereka tugasan-tugasan yang ada unsur-unsur kesenian seperti mewarna, melukis dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini biasanya lebih sukar dan memerlukan penelitian yang lebih. Sebagai contoh mewarnakan kalimah-kalimah Iqra’ yang tersembunyi. Kesemua cara-cara yang saya nyatakan tadi saya lihat telah berjaya dan membantu saya sebanyak 78% dalam meningkatkan ciri-ciri positif dalam diri anak didik saya.

Monday 27 May 2013

UNTUNGNYA SEORANG GURU PASTI !

“UNTUNGNYA SEORANG GURU PASTI….” 1. Beruntungnya seorang guru PASTI apabila setiap pagi hidupnya bergerak menuju ke majlis zikir atau majlis ilmu lalu semakin hampirlah dia kepada syurga ALLAH SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang menempuh satu jalan kerana menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. (Hadis Riwayat Muslim) 2. Beruntungnya seorang guru PASTI apabila setiap hari dia berada di taman syurga lalu mendapat doa dari malaikat dan makhluk Allah yg lain memohon rahmat dan keampunan atas dirinya yang sentiasa berada di majlis ilmu.Lebih mulia lagi, dialah tonggak kepada majlis ilmu itu.Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu melalui taman syurga , maka mengembalalah! “ Mereka bertanya, ‘Apa itu taman syurga , wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, ‘Majlis zikir. Allah memiliki malaikat-malaikat yang berjalan di muka bumi mencari majlis zikir. Apabila sudah menemuinya, mereka duduk mengelilinginya” (Hadis diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a) Sabda Rasulullah SAW: Tidaklah satu kaum duduk untuk berzikir kepada Allah melainkan para malaikat akan mengelilingi mereka , rahmat menyelimuti mereka,ketenangan akan turun kepada mereka dan Allah menyebutkan mereka kepada malaikat yang berada di sisiNya. (Hadis diriwayatkan di dalam Sahih Muslim) 3. Beruntungnya seorang guru PASTI apabila namanya selalu disebut-sebut di dalam kumpulan para malaikat di langit atas kerana dirinya yg sentiasa berada dalam satu kumpulan yang ingat pada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: “Aku mengikut sangkaan hambaku kepadaku, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya) apabila dia mengingatiku. Jika mereka mengingatiku dalam dirinya, nescaya aku menyebutnya dalam diriku. Apabila mereka menyebut namaku dalam kumpulan nescaya aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.Jika mereka menghampiriku sejengkal, aku mendekati mereka sehasta.Jika mereka menghampiriku sehasta aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaku dalam keadaan berjalan, aku datang kepada mereka berlari “ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 4. Beruntungnya seorang guru PASTI apabila dirinya setiap hari dikelilingi oleh hamba Allah yang bersih tidak berdosa iaitu anak-anak PASTI.Kata-kata,gelak ketawa, jerit tangis mereka lahir dari hati yang ikhlas suci. Tiada rasa iri hati, hasad dengki dan dendam kesumat di antara mereka. Yang ada hanyalah keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang. 5. Beruntungnya seorang guru PASTI apabila setiap hari dia menanam pelaburan atau saham akhirat yang berkekalan walaupun setelah menghembuskan nafas terakhir iaitu apabila dia menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak PASTI dan diamalkan oleh anak-anak itu sepanjang hayat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,Rasulullah SAW telah bersabda: “Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadis Riwayat Muslim). “Barangsiapa yang menyeru kepada hidayah, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya dan itu tidak akan mengurangkan pahala mereka sedikitpun” (Hadis Riwayat Muslim) 6. Beruntungnya seorang guru PASTI apabila dikelilingi oleh insan-insan beriman dan suasana yang menggalakkannya untuk mengamalkan sepenuhnya tuntutan agama disaat ada muslimah lain terpaksa bertarung dengan peraturan atau suasana rakan sekerja yang tidak mendorong kearah rahmat Allah SWT. Contoh yang paling hampir ialah aurat , tabarruj dan pergaulan di tempat kerja. “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “ Hendaklah mereka menahan pandangannya , dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya …” (Surah an-Nur: ayat 31) 7. Beruntungnya seorang guru PASTI apabila dia dapat melaksanakan dua amal utama dalam satu masa (2 in 1) iaitu mencari rezeki yang halal dan terlibat dalam perjuangan fisabilillah secara langsung. Ini kerana PASTI adalah salah satu cabang dakwah dan pendidikan dalam perjuangan gerakan Islam utama di Malaysia iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS). “Wahai orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad : Ayat 7) Wahai guru , ikhlaskanlah hatimu dan teruskanlah kesungguhanmu , sudah pasti keuntungan ini menjadi milikmu. SELAMAT HARI GURU 2013 – JASAMU DIKENANG DUNIA AKHIRAT Nukilan Ikhlas Untukmu Guru PASTI dari: Mohd Azahari bin Yahaya Pengarah PASTI Perak

Thursday 28 March 2013

KUASA Al-QURAN MENYERAP ILMU LAIN

Kuasa Al Quran Dalam Menyerap Ilmu Lain Pada Kanak-Kanak Saya telah melihatnya.. Saya telah mengalaminya.. Kebanyakkan ibubapa, takut anak tertinggal di belakang bila dia masuk ke sekolah nanti, maka sejak dari bayi lagi, kita mula nak kenalkan ABC dan 123.. Kita mula memenuhkan tempat bermainnya dengan educational toys untuk tujuan memperkenalkan huruf dan abjad. Kalau ibu dan bapa bekerja, maka toys berjenama mahal lah yang dibeli. Jika seorang sahaja, maka jenama biasa-biasa sahajalah tetapi tetap ada. Kita berkata dalam hati, al Quran itu 'nanti-nanti' pun boleh. Lagipun.. mana ada ujian al Quran bila dia masuk sekolah rendah nanti. Dah besar sikit, hantar sahaja mengaji dengan ustaz/ustazah di belakang rumah tu. Itu mentaliti ibu-ibu yang seangkatan dengan zaman saya dahulu. Rakan-rakan saya semunya begitu. Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk mengajar anak mereka dari kecil berbanding dengan ibu-ibu zaman 'ibu saya' yang tidak terfikir tentang pendidikan awal bayi. Apapun.. besar panjang juga kita-kita ini. Zaman telah berubah, kita tidak boleh melakukan perkara yang sama. Tetapi ada satu yang tidak patut untuk berubah. Iaitu.. mengajar al Quran dari bayi mengikut contoh ibu-ibu zaman kegemilangan Islam dahulu. Saya telah rasa dan mengalaminya.. Alangkah baiknya jika semua orang tahu akan kuasa al Quran pada anak mereka jika ianya diajar dari bayi lagi. Terus terang saya katakan keutamaan yang saya letakkan pada anak saya adalah menentang arus dari keutamaan ibubapa sekarang yang mahu anak 'excel' dalam persekolahan mereka terutamanya. Saya mengajar al Quran dahulu.. yang lain saya kemudiankan. Umur anak-anak saya mahu menginjak hampir 5 tahun baru saya mula mengajar membaca dan mengira. Itupun setelah berfikir.. apa salahnya ajar samping-sampingan. Oleh kerana sudah niat dihati ia diajar 'samping-sampingan' maka tidaklah saya konsisten. Apa keputusannya? Kedua-dua anak saya sudah pandai membaca bahasa Inggeris. Darwisya pula sudah peringkat boleh membaca Science Encyclopedia dalam Bahasa Inggeris. Matematik.. keduanya boleh melakukan operasi matematik yang lebih rumit jika dibandingkan peringkat umur mereka. Saya kata lebih rumit dari umur mereka kerana saya telah melihat buku teks darjah 1 dan darjah 2 anak buah saya. Maka saranan saya, bagi mereka yang punya anak kecil, mulakan dengan al Quran. Ada juga pembaca blog ini yang anak mereka telah dewasa dan jika manalah tahu satu hari Allah kurniakan seorang anak kecil lagi, cubalah ajar yang sikecil comel itu al Quran. Kita akan lihat perbezaan dia dengan anak-anak yang besar tadi. Dia akan lebih terang hati menerima pelajaran lain. InsyaAllah.. Ok, mari kita saksikan 'hasil kerja' saya mengajar anak saya membaca Bahasa Inggeris dalam video ini..

Thursday 21 March 2013

PASTI DI TV 9

Sesi Rakaman “Pesan Atuk” untuk siaran di TV 9 yang melibatkan persembahan daripada murid-murid PASTI Malaysia. Tarikh rakaman 02 Februari 2013 bertempat di Studio NTV 7, Glemarie Industrial Park, Shah Alam. Tahniah kepada semua !