PASTI IS

PASTI IS

Thursday, 28 March 2013

KUASA Al-QURAN MENYERAP ILMU LAIN

Kuasa Al Quran Dalam Menyerap Ilmu Lain Pada Kanak-Kanak Saya telah melihatnya.. Saya telah mengalaminya.. Kebanyakkan ibubapa, takut anak tertinggal di belakang bila dia masuk ke sekolah nanti, maka sejak dari bayi lagi, kita mula nak kenalkan ABC dan 123.. Kita mula memenuhkan tempat bermainnya dengan educational toys untuk tujuan memperkenalkan huruf dan abjad. Kalau ibu dan bapa bekerja, maka toys berjenama mahal lah yang dibeli. Jika seorang sahaja, maka jenama biasa-biasa sahajalah tetapi tetap ada. Kita berkata dalam hati, al Quran itu 'nanti-nanti' pun boleh. Lagipun.. mana ada ujian al Quran bila dia masuk sekolah rendah nanti. Dah besar sikit, hantar sahaja mengaji dengan ustaz/ustazah di belakang rumah tu. Itu mentaliti ibu-ibu yang seangkatan dengan zaman saya dahulu. Rakan-rakan saya semunya begitu. Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk mengajar anak mereka dari kecil berbanding dengan ibu-ibu zaman 'ibu saya' yang tidak terfikir tentang pendidikan awal bayi. Apapun.. besar panjang juga kita-kita ini. Zaman telah berubah, kita tidak boleh melakukan perkara yang sama. Tetapi ada satu yang tidak patut untuk berubah. Iaitu.. mengajar al Quran dari bayi mengikut contoh ibu-ibu zaman kegemilangan Islam dahulu. Saya telah rasa dan mengalaminya.. Alangkah baiknya jika semua orang tahu akan kuasa al Quran pada anak mereka jika ianya diajar dari bayi lagi. Terus terang saya katakan keutamaan yang saya letakkan pada anak saya adalah menentang arus dari keutamaan ibubapa sekarang yang mahu anak 'excel' dalam persekolahan mereka terutamanya. Saya mengajar al Quran dahulu.. yang lain saya kemudiankan. Umur anak-anak saya mahu menginjak hampir 5 tahun baru saya mula mengajar membaca dan mengira. Itupun setelah berfikir.. apa salahnya ajar samping-sampingan. Oleh kerana sudah niat dihati ia diajar 'samping-sampingan' maka tidaklah saya konsisten. Apa keputusannya? Kedua-dua anak saya sudah pandai membaca bahasa Inggeris. Darwisya pula sudah peringkat boleh membaca Science Encyclopedia dalam Bahasa Inggeris. Matematik.. keduanya boleh melakukan operasi matematik yang lebih rumit jika dibandingkan peringkat umur mereka. Saya kata lebih rumit dari umur mereka kerana saya telah melihat buku teks darjah 1 dan darjah 2 anak buah saya. Maka saranan saya, bagi mereka yang punya anak kecil, mulakan dengan al Quran. Ada juga pembaca blog ini yang anak mereka telah dewasa dan jika manalah tahu satu hari Allah kurniakan seorang anak kecil lagi, cubalah ajar yang sikecil comel itu al Quran. Kita akan lihat perbezaan dia dengan anak-anak yang besar tadi. Dia akan lebih terang hati menerima pelajaran lain. InsyaAllah.. Ok, mari kita saksikan 'hasil kerja' saya mengajar anak saya membaca Bahasa Inggeris dalam video ini..

No comments:

Post a Comment